23 January 2018

TERIMA KASIH AYAH (16 August 1942 ~ 24 Nov 2017)

Allah mempermudahkan pemergian ayah pada hari jumaat (24 Nov 2017). Tenang lah ayah di sana dan kami sentiasa doakan ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih Ayah kerana melahirkan kami
Terima kasih ayah kerana memberi kami makan minum
Terima kasih ayah kerana dukung kami masa kecil 
Terima kasih ayah kerana manjakan kami semasa kami kecil 
Terima kasih kerana terima kenakalan kami semasa kecil
Terima kasih ayah mengembirakan kami walaupun ayah tak gembira waktu itu
Terima kasih ayah kerana tidak pernah memarahi kami
Terima kasih ayah kerana tidak pernah memukul kami
Terima kasih ayah membesar kami dari sebesar tapak tangan sehingga sekarang

TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih ayah menghantar saya ke bengkel kereta 
seawal usia utk dedahkan perkerjaan sebenar dan kehidupan sebenar. 

TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih ayah memberi pembiayaian yuran persekolahan kami
Terima kasih ayah kerana memberi peralatan persekolah kami
Terima kasih ayah kerana memberi kelengkapan pakaian persekolahan kami
Terima kasih ayah kerana memberi kelengkapan sukan kami
Terima kasih ayah membenarkan sy bermain bola sepak sebagai penjaga gol
Terima kasih ayah kerana memberi duit belanja persekolahan kami
Terima kasih ayah di atas semua ilmu dan pelajaran kepada kami
Terima kasih ayah kerana membenarkan mengikuti rombongan persekolahan
Terima kasih di atas ilmu dunia dan ilmu akhirat

TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih ayah kerana membenar sy belajar memoceng motosikal honda cup 50
Terima kasih ayah membeli motor yamaha RXS pada sy semasa sedang belajar lagi
Terima kasih ayah mengajar bawa kereta wlpn masih tiada lesen lagi masa itu
Terima kasih ayah kerana memberi duit untuk mengambil lesen kereta
Terima kasih kerana bw kami naik bas ayah balik kampung dan ikut rombongan

TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih ayah kerana menyayangi kami sepenuh hati
Terima kasih ayah kerana tidak membiarkan kami bersedih
Terima kasih ayah kerana selalu beri duit pada kami wlpn kami dah berkerjaya
Terima kasih ayah kerana tidak pernah menyusahkan kami tp kami selalu menyusahkan ayah
Terima kasih ayah kerana bw sy pergi minum di kedai makan semasa sy tengah dalam masalah
Terima kasih ayah kerana selalu meyokong dan mengajar bisnes pada sy
Terima kasih ayah kerana masukkan nama sy sebagai rakan kongsi dalam syarikat ayah
Terima kasih ayah kerana memberi kepercayaan sy menguruskan syarikat ayah

TERIMA KASIH AYAH
Terima kasih ayah kerana dengan cara mu dan didikan mu dan izinNya 
kami adik beradik jadi orang yang berguna dan kami berkerjaya dan ada kehiduapan serta pendapatan  masing2. Semua itu adalah HASIL dari DIDIKAN MU AYAH

Terima kasih ayah di atas segala2nya. Tidak akan dapat tertulis banyak nya Terima kasih kami adik beradik kepada mu ayah. Kami tidak akan dapat membalas setiap kebaikan ayah. Terlalu sempurna. Allahu Akbar

MAAFKAN KAMI AYAH
Maafkan kami ayah. Kami tak sempurna menjaga ayah semasa ayah sedang sakit. kami tak sempurna macam mana ayah menjaga kami. kami lemah dan sangat tidak sempurna. Maafkan kami ayah. Maafkan kami ayah.

RINDU MU AYAH
Hampir 2 bulan pemergian mu ayah 
Kami amat rasa kehilangan dan kekosongan 
Kami amat rindui mu ayah sangat2 rindu padamu ayah.
kami amat menyayangi mu ayah wlpn kami tak berkata2 depan mu ayah
Kami jarang bercakap dan bergurau dgn mu ayah tapi kami amat sayangi mu ayah
Bila ada di kalangan kami atau anak cucu ada masalah atau sakit. KAMU lah yang akan risau dan tidak kira waktu kamu akan datang menjenguk kami.

KAMI BANGGA 
kami amat berbangga denganmu ayah. 
Kamu tiada ganti ayah. 
Kamu adalah IDOLA kami ayah
Jagaan kamu ayah memang tiada cacat cela
Didikan dunia dan akhirat memang sangat sempurna 
Cara kamu bertutur, beri arahan, melawak, menegur semuanya teratur dan berhemah tinggi

IN SHAA ALLAH
Insan yang sangat2 ayah sayangi masih ada bersama kami.
Kami berjanji akan menjaga sebaik mungkin seperti mana ayah menatang bagai minyak yang penuh kat mak. Allahu akbar. sangat sempurna ayah memberi dan menjaga emak. Kami jeles dengan jagaan ayah terutama semasa emak sakit. Ayah beri ubat, suapkan mak ubat, bawa air, suapkan air, bw makanan. Sangat romantik sekali. Allahu Akbar
IN SHAA ALLAH, kami akan jaga EMAK sebaik mungkin. 



TANGAN INI....
tangan ini yg banyak dan terlalu banyak dan tidak ternilai dan tidak terkira banyaknya dan tidak terbayar dan tidak setanding mana2 tangan dan tidak terkata2 dan tidak boleh di bandingkan dan tidak akan sama dan tidak boleh di pertikaikan dan tidak boleh di sangkalkan lagi.
TANGAN AYAH INI sangat2.....tiada kata2 indah selain tangan ini......Allahu Akbar..
Semoga Allah tempatkan ayah di kalangan orang2 beriman. Aami Ya Rabb.



Semoga Ayah tenang di sana dan di tempat org2 yg soleh. 
Terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan serta memberi sokongan kepada kami dan mohon Al Fatihah pada ayah saya ya.
Terima kasih di atas sokongan dan nasihat serta doa semasa ayah sy tengah sihat, sakit dan meninggal dunia. Semoga Allah sahaja dapat membalas semua kebaikan semua ya.
Terima kasih juga kepada semua adik beradik serta saudara mara yg tidak penat membantu dan menjaga ayah. Terima kasih semua.

TERIMA KASIH AYAH

HAJI ABDUL LATIF BIN HAJI HADERAN 
(16.8.1942 ~ 24. 11. 2017)



No comments:

Post a Comment