Alhamdulillah syukur, One of wish list telah di makburkan. Syukur Alhamdulillah.
Umrah ku yang PERTAMA tercipta secara mendadak dan tidak di rancang pun utk tahun 2019 walaupun memang berniat tetapi bila kita dah di pilih dan di jemput pasti akan berlaku walaupun pada awal nya kita tidak mempersiapkan diri pun dalam bentuk wang ringgit atau fizikal.
Umrah pertama ku tercipta secara tiba2 setelah kakak ku yang kedua balik dari pada umrahnya pada bulan september 2019 dan mumgkin berkat doanya terus melangkah kaki ini untuk membuat pendaftaran dan menghadiri kursus singkat pada awal bulan November 2019. Tidak sampai sebulan pun persiapan untuk menunaikan umrah pertama ku. Alhamdulillah tarikh sudah di tetapkan pada
5.12.2019 dan pada pada saat itu macam tidak percaya. Allahu Akbar. Syukur.
Tiba di Airport Jeddah pada pukul 10 pagi waktu tempatan dan kami menaiki bas terus ke madinah dan sampai di hotel madianah dalam pukul 2 pagi ke esokan nya.
Relex je jemaah dari negara yang tak pasti dari mana sedang baring di atas lantai di perkarangan dataran madinah dalam cuaca panas dingin
First time duduk di kawasan Raudah. Rezeki umrah ku bila kena duduk dari pukul 10 pagi hingga selesai solat jumaat bersama sahabat bernama Firdaus. Alhamdulillah syukur doa di makburkan.
Bersama ustaz shuhkeri merangkap mutawif dan sahabat sebilik ( rezeki dpt ustaz duk sebilik) serta jemaah dari indonesia
Cantik di dataran masjid nabawi. rindu, Payung di buka....sure kembali lagi..
Waktu solat fardhu di madinah
Masjid quba, Ramai sgt org di sini utk solat sunat, Sekali solat sunat di sini umpama dapat 1 kali umrah. Alhamdulillah dapat 2 kali solat di masjid ini. Syukur
Bila masuk kota MEKAH dan kita akan nampak MENARA JAM itu, Terus Mutawif cakap..
"Nampak tak menara jam tu"...Di Situ Masjidil Haram...Berdegup jantung dan debaran kian kencang dan terbayag2 KAABAH. Allahu Akbar...
Labbaikallahumma LabbaikLabbaika Laa Syarikalaka LabbaikInnalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Tiba di Hotel Mekah ( Double Tree Hilton ) dalam pukul hampir 2 pagi dan letak beg2 dan rest jap sebelum turun ke lobby utk bersama2 ke Masjidil Haram utk buat UMRAH PERTAMA. Debaran kian KENCANG. tak tahu nk gambar macam mana...excited+takut+hepy+sebak+sedih+++++....
ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH
SYUKUR YA ALLAH walaupun tapak kaki kejang dan betis juga kejang AKHIRNYA
sempurna buat UMRAH PERTAMA KU. Tu gambar selepas SAIE dari SAFA ke MARWAH 7 pusingan dan BERTAHALUL ( Gunting 3 helai rambut ).
Atas gambar UmrahKu yang KETIGA. Alhamdulillah dapat tunaikan umrah dengan sempurna. Semoga mendapat Umrah yang Makbur. Aamiin Ya Rab
Gambar selepas tawaf sunat dan gambar IMAM Masjidil HARAM keluar melalui Hijr Ismail ( Sempat ambil gambar sbb dapat solat fardhu depan Hijr Ismail ( tektik dan teknik cara utk dapat solat sunat dan berdoa dalam Hijr Ismail ) sbb semasa solat fardhu dalam tu mesti di kosong kan..hehe...tu la teknik nya tapi dgn ke izinan ALLAH swt.
Syukur dan Alhamdulillah, Dapat masuk dalam Hijr Ismail dan dapat solat sunat serta berdoa. Juga dapat menyentuh KAABAH ( tu bukti tangan ku menyentuhk kaabah dalan Hijr Ismail sempat ambil gambar) utk kenang -kenagan2.
Sangat wangi dan lembut sekali kain KAABAH sambil mencium serta menempek muka sambil berdoa. Allahu Akbar rasa sgt2 dekat dan tenangggg...Allah rinndu nya nak kembali.
Ya Allah, Jemput la aku lagi tahun 2020 bersama mak dan keluarga ku. Allahu Akbar, Makburkan lah
Gambar sempat ku ambil semasa menuju
ke MUSTAZAM utk berDOA.
Alhamdulillah walaupun ramai jemaah lain tapi Allah izin kan ku sampai ke MUSTAZAM menyentuh serta BERDOA di depan MUSTAZAM. MUSTAZAM adalah tempat paling MUSTAJAB BERDOA selain Hijr Ismail.
***Mustazam ( jarak di antara pintu kaabah ke hajaratul aswad.
Begini lah keadaan jemaah seluruh dunia membuat tawaf. penuh sesak tapi kenikmatan ber Umrah pasti akan menjadi kenang-kenangan dan hati akan membuat untuk kembali lagi, Doakan saya serta keluarga saya dapat sampai ke sini lagi pada tahun seterusnya. Aamin ya Allah.
Keadaan di luar Masjidil Haram orang berpusu2 serta beratur utk mendapatkan Makanan PERCUMA. Disini terlalu ramai org bersedekah dan ramai juga org2 susah. Tapi bayangkan kebaikan di terima bila sekali membuat kebaikan akan dapat 100,000 kali kebaikan dariNya.
Allahu Akbar.
Ziarah KEBUN KURMA MAJED. Haji Haji, Halal Halal, tergiang2 panggilan org arab menjual kurma, maksudnya dia suruh kita rasa kurma2 yang mereka jual , Halal2 tu Free je rasa. Apa lagi, Rasa la sekenyang2 nya...wlpm tak beli...Best dan mahal iaitu KURMA AJWA ( org panggil Kurma Nabi ). Paling mahal sy beli rm100 per kilo..tapi sedap amat...hehe....Haji2 Halal2...
Belakang tu Bukit Hirak di waktu siang, Jemaah memanjat pada waktu malam je. Di situ tempat pertama Rasulullah menerima wahyu
Di bukit ALRAHMAH iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Menziarah Muzium tak ingat nama nya...hehe...ni di sekitar Mekah. Muzium org2 arab zaman dulu2.
Tu pegang pedang tu,,,,,BERANI MASYUKKKK...
Ziarah THAIF..tempat ni sejuk sangat dan tanah2 di sini sangat2 subur..Menurut ustaz cerita, rasullullah pernah makan kurma di sini dan biji di campakkan di tanah sini sambil berdoa, Tanah di sini subur. Mmg betul di sini sgt subur pokok2 dan tumbuh-tumbuhan. Macam ala- ala cameron higland la lebih kurang..
Last sekali nak kabo...Nasi arab sini memang terbaikk..sempat la rasa lauk anak unta serta kibas. Alhamdulillah..SURE will be Come again soooonnnnnn...Aamiin
Layan VIDEO...Semoga memberi semangat dan panduan, In Shaa Allah
Alhamdulillah Syukur.
Semoga Anda semua dapat juga menunaikan umrah yang pertama dan seterusnya.
Apa yang penting adalah kena pasang NIAT, Semoga Allah jemput kita semua.
IN SHAA ALLAH