01 August 2020

Hari Raya Puasa Kami 2020 -24.5.2020

Alhamdulillah. Saat manis bersama mak. Kami tetap bahagia walaupun mak berkeadaan macam ini dan masih bersyukur kerana masih ada mak berbanding org lain yg sudah tiada mak. Selamat Hari Raya semua.


CERITA KAMI Dalam Video di bawah utk kenang kenangan.


Co

01 May 2020

28-30.4.2020. Sumbangan Makanan Berbuka Puasa Ramadhan2020

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi di beri rezeki dan nikmat yg banyak dan kesihatan yg baik. Ramadhan tahun di beri kesempatan lagi utk memberi sumbangan makanan berbuka puasa pada staff hospital. Biasanya pada tahun tahun sblmnya di hospital besar kuantan tetapi pertama kali tahun ini di Hospital Temerloh kerana kebetulan mak sy warded di sini.

Sumbangan hari pertama pada 28.4.2020 di serahkan pada Sister Latipah. Nasi ayam berempah hari ini utk wad kenanga 14 tingkat 4.
 
Sumbangan hari ke 2 pada 29.4.2020. Menu makanan berbuka puasa ialah Nasi Beriani Gau yang ter kenal di Sekitar temerloh. Waktu malam chicken chop pula. Alhamdulilah syukur.

S
Sumbangan hari ke 3 pada 30.4.2020. Menu hari ini ialah Nasi Goreng Seafood terbaik. Alhamdulillah. Semoga sedikit manfaat ini dapat menceriakan staff di sini.

Akhir sekali doakan Mak saya sembuh dan di permudahkan urusan. Aamiin ya Rab. 
Terima kasih kepada semua yg menyertai program sumbangan ini terutama dari mak sy wlpn tengah sakit dan adik beradik serta Keluarga.  In Shaa Allah program seperti ini akan di terus kn pada tahun2 hadapan.

30 April 2020

23.3.2020 Mak alami Stroke.

1st Warded. 
Allahu Akbar kami sekeluarga di kejutkan dgn Berita mak Kena stroke ketika berada di rumah kakak di jengka dan di warded kan di hospital jengka selama seminggu.

27.3.2020 Alhamdulillah mak di benarkan balik rumah setelah tahap kesihatan agak memuaskan dan mak mmg meronta2 nak balik pun...heheh


Keadaan mak setelah berada di rumah di mana emosinya kurang stabil sbb sblm ni boleh berjalan wlpn bertongkat tp skrg semua benda di bantu oleh anak2.

Tetap solat. Allahu Akbar 
Kesian sgt2. Allah 

30.3.2020 Membawa mak rawatan di poliklinik Jengka wlpn dlm keadaan yg sangat lemah dan sangat menyukarkan bagi emak. Kesian tp mak kuat dan tabah utk mengharapkan keajaiban berlaku. Semoga mak terus tabah. Aamiin



2nd Warded. 
16.4.2020. Keadaan mak kurang memuaskan dan kami membawa mak ke Pahang Medical Center (PMC) iaitu Hospital swasta di bawah MUIP 
Makam time. Sedap mengorder

Doktor tengku syed ialah doktor pakar yg merawat mak dan juga arwah ayah. 

Alhamdulillah dah discharge setelah semalam je warded


Staff ambulan swasta sedang membawa mak balik ke kg

Mengoci pulak

3rd Warded. 
20.4.2020 Kali ke 2 kami hantar semula ke PMCdi sebabkan keadaab kesihatan mak menurun dan ada kesan darah di dalam mulutnya



Mak bersama kak not dan kak na Serta doc sedang merawat


23.4.2020. Mak discharge dari PMC setelah berada lebih 3 malam. 
Di bawah keadaan mak di rumah. Sangat menyayat hati apabila berkumandang azan magrib berbuka puasa tapi mak... Terlantar di atas katil sangat2 sayu dan sedih. Hanya Allah yang mengetahui saat berbuka tanpa emak. 

Sayu sgt azan berkumandang
4th Warded. 
26.4.2020. Mak warded pula di hospital temerloh kerana keadaan sgt2 lemah dan setelah MA pekan Tajau menasihat kan bawa me hospital terdekat. 

Kali ke3 mak naik ambulan. 
Genggaman tangan mak sgt lemah. 😢

Sampai ke hari ini (30.4.2020) mak still warded dan kami adik beradik bergilir gilir teman mak di wad. Semoga mak dan kami di permudahkan. Aamiin ya Rab. 

























21 April 2020

13.4.2020 Bantuan semasa Covid19 di Felda Bukit Tajau


 
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana kami adik beradik dan emak dapat menyediakan barangan keperluan dapur utk di sumbangankan kepada jiran2 sekampung di Felda Bukit Tajau tempat kelahiran ku. Alhamdulilah syukur dapat memberi wlpn kecil sangat sumbangan ini.


Beratur jarak 100meter di shopink mall Maran
dan penuh bonet utk 10 bungkusan keperluan dapur




15.4.2020. Bermula misi dan visi bantuan. Sebahagian gambar penghantaran  barangan dapur rumah ke rumah untuk di jadikan kenangan dan motivasi diri untuk lebih banyak lagi MEMBERI. Semoga jadi kami org2 berjaya dunia dan akhirat. Aamiin ya Rab
#PowerOfGive
Rumah anak felda generasi ke 2 yang di tumpang dan di bina belakang rumah ibu bapa nya. Kesian dan mereka tiada tanah sendiri dan pendapatan tetap. 

Gambar Sebelah kanan adalah rumah asal peneroka di sini dan kebanyakkan peneroka sini dan ubah suai atau bina baru. 




Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban jiran2 di kampung ku. Jika2 sesiapa yg ingin memberi Sumbang tetapi tiada masa utk berbuat demikian boleh menghubungi saya. Semoga Allah sentiasa menjaga mereka dan di beri kemulian di dunia dan akhirat. 

Pada ketika misi bantuan ini. Mak saya masih sakit stroke dan sebahagian sumbangan ini adalah dari MAK saya. Mohon doa semoga Allah mengampun dosa2 mak dan beri kesembuhan. Aamin ya Rab 

08 January 2020

UMRAH Pertama ku pada 5.12.2019 ~ 17.12.2019 tercipta secara tiba2.

Alhamdulillah syukur, One of wish list telah di makburkan. Syukur Alhamdulillah.
Umrah ku yang PERTAMA tercipta secara mendadak dan tidak di rancang pun utk tahun 2019 walaupun memang berniat tetapi bila kita dah di pilih dan di jemput pasti akan berlaku walaupun pada awal nya kita tidak mempersiapkan diri pun dalam bentuk wang ringgit atau fizikal.

Umrah pertama ku tercipta secara tiba2 setelah kakak ku yang kedua balik dari pada umrahnya pada bulan september 2019 dan mumgkin berkat doanya terus melangkah kaki ini untuk membuat pendaftaran dan menghadiri kursus singkat pada awal bulan November 2019. Tidak sampai sebulan pun persiapan untuk menunaikan umrah pertama ku. Alhamdulillah tarikh sudah di tetapkan pada
5.12.2019 dan pada pada saat itu macam tidak percaya. Allahu Akbar. Syukur.



Tiba di Airport Jeddah pada pukul 10 pagi waktu tempatan dan kami menaiki bas terus ke madinah dan sampai di hotel madianah dalam pukul 2 pagi ke esokan nya.



Relex je jemaah dari negara yang tak pasti dari mana sedang baring di atas lantai di perkarangan dataran madinah dalam cuaca panas dingin


 First time duduk di kawasan Raudah. Rezeki umrah ku bila kena duduk dari pukul 10 pagi hingga selesai solat jumaat bersama sahabat bernama Firdaus. Alhamdulillah syukur doa di makburkan.

 Bersama ustaz shuhkeri merangkap mutawif dan sahabat sebilik ( rezeki dpt ustaz duk sebilik) serta jemaah dari indonesia

 Cantik di dataran masjid nabawi. rindu, Payung di buka....sure kembali lagi..

 Waktu solat fardhu di madinah



 Masjid quba, Ramai sgt org di sini utk solat sunat, Sekali solat sunat di sini umpama dapat 1 kali umrah. Alhamdulillah dapat 2 kali solat di masjid ini. Syukur


Suasana di dlm pasar or kebun kurma majed...Halal2...kenyang sbb leh rasa sesuka hati..Haji- haji, halal halal...masig tergiang2 di telinga  org arab memanggil....hehe


Alhamdulillah syukur kerana dapat berdoa hajat2 di dalam RAUDAH. Semoga ALLAH makburkan hajat2 kita. Aamiin Ya Rabb.  
Bersama jemaah dari negara Jordan dan Afganistan di dalam RAUDAH yang sangat2 mencabar utk masuk. Ada teknik dan tektik untuk masuk ke RAUDAH tapi semua bergantung pada ALLAH izin kan dan makburkan. Sebaiknya sebelum pergi buat umrah dah buat hari2 doa agar dapat masuk raudah. In shaa Allah akan dapat




 Berniat umrah dan ihram di Miqat Bir Ali untuk UMRAH PERTAMA dan terus naik bas dengan berihram dan kena jaga 13 PANTANG LARANG UMRAH.




Bila masuk kota MEKAH dan kita akan nampak MENARA JAM itu, Terus Mutawif cakap..
"Nampak tak menara jam tu"...Di Situ Masjidil Haram...Berdegup jantung dan debaran kian kencang dan terbayag2 KAABAH. Allahu Akbar...

Labbaikallahumma LabbaikLabbaika Laa Syarikalaka LabbaikInnalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak



Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu



Tiba di Hotel Mekah ( Double Tree Hilton ) dalam pukul hampir 2 pagi dan letak beg2 dan rest jap sebelum turun ke lobby utk bersama2 ke Masjidil Haram utk buat UMRAH PERTAMA. Debaran kian KENCANG. tak tahu nk gambar macam mana...excited+takut+hepy+sebak+sedih+++++....



 ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH
SYUKUR YA ALLAH walaupun tapak kaki kejang dan betis juga kejang AKHIRNYA 
sempurna buat UMRAH PERTAMA KU. Tu gambar selepas SAIE dari SAFA ke MARWAH 7 pusingan dan BERTAHALUL ( Gunting 3 helai rambut ). 




Atas gambar UmrahKu yang KETIGA. Alhamdulillah dapat tunaikan umrah dengan sempurna. Semoga mendapat Umrah yang Makbur. Aamiin Ya Rab




Gambar selepas tawaf sunat dan gambar IMAM Masjidil HARAM keluar melalui Hijr Ismail ( Sempat ambil gambar sbb dapat solat fardhu depan Hijr Ismail ( tektik dan teknik cara utk dapat solat sunat dan berdoa dalam Hijr Ismail ) sbb semasa  solat fardhu dalam tu mesti di kosong kan..hehe...tu la teknik nya tapi dgn ke izinan ALLAH swt.


Syukur dan Alhamdulillah, Dapat masuk dalam Hijr Ismail dan dapat solat sunat serta berdoa. Juga dapat menyentuh KAABAH ( tu bukti  tangan ku menyentuhk kaabah dalan Hijr Ismail sempat ambil gambar) utk kenang -kenagan2.
Sangat wangi dan lembut sekali kain KAABAH sambil mencium serta menempek muka sambil berdoa. Allahu Akbar rasa sgt2 dekat dan tenangggg...Allah rinndu nya nak kembali.

Ya Allah, Jemput la aku lagi tahun 2020 bersama mak dan keluarga ku. Allahu Akbar, Makburkan lah




 

Gambar sempat ku ambil semasa menuju
ke MUSTAZAM utk berDOA. 


Alhamdulillah walaupun ramai jemaah lain tapi Allah izin kan ku sampai ke MUSTAZAM menyentuh serta BERDOA di depan MUSTAZAM. MUSTAZAM adalah tempat paling MUSTAJAB BERDOA selain Hijr Ismail.

***Mustazam ( jarak di antara pintu kaabah ke hajaratul aswad.



 Begini lah keadaan jemaah seluruh dunia membuat tawaf. penuh sesak tapi kenikmatan ber Umrah pasti akan menjadi kenang-kenangan dan hati akan membuat untuk kembali lagi, Doakan saya serta keluarga saya dapat sampai ke sini lagi pada tahun seterusnya. Aamin ya Allah.


Keadaan di luar Masjidil Haram orang berpusu2 serta beratur utk mendapatkan Makanan PERCUMA. Disini terlalu ramai org bersedekah dan ramai juga org2 susah. Tapi bayangkan kebaikan di terima bila sekali membuat kebaikan akan dapat 100,000 kali kebaikan dariNya.
Allahu Akbar.




Ziarah KEBUN KURMA MAJED. Haji Haji, Halal Halal, tergiang2 panggilan org arab menjual kurma, maksudnya dia suruh kita rasa kurma2 yang mereka jual , Halal2 tu Free je rasa. Apa lagi, Rasa la sekenyang2 nya...wlpm tak beli...Best dan mahal iaitu KURMA AJWA ( org panggil Kurma Nabi ). Paling mahal sy beli rm100 per kilo..tapi sedap amat...hehe....Haji2 Halal2...



Belakang tu Bukit Hirak di waktu siang, Jemaah memanjat pada waktu malam je. Di situ tempat pertama Rasulullah menerima wahyu



Di bukit ALRAHMAH iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di Bumi.





Menziarah Muzium tak ingat nama nya...hehe...ni di sekitar Mekah. Muzium org2 arab zaman dulu2.
Tu pegang pedang tu,,,,,BERANI MASYUKKKK...



 Ziarah THAIF..tempat ni sejuk sangat dan tanah2 di sini sangat2 subur..Menurut ustaz cerita, rasullullah pernah makan kurma di sini dan biji di campakkan di tanah sini sambil berdoa, Tanah di sini subur. Mmg betul di sini sgt subur pokok2 dan tumbuh-tumbuhan. Macam ala- ala cameron higland la lebih kurang..

Last sekali nak kabo...Nasi arab sini memang terbaikk..sempat la rasa lauk anak unta serta kibas. Alhamdulillah..SURE will be Come again soooonnnnnn...Aamiin


Layan VIDEO...Semoga memberi semangat dan panduan, In Shaa Allah

Alhamdulillah Syukur.
Semoga Anda semua dapat juga menunaikan umrah yang pertama dan seterusnya.
Apa yang penting adalah kena pasang NIAT, Semoga Allah jemput kita semua.
IN SHAA ALLAH