07 November 2017

Tragedy July ~ October 2017 ( Start 14.7.2017 )

Allahu Akbar.
Ayah sakit saraf, Kaki sebelah kiri tak boleh bergerak. Seluruh keluarga dan sedara mara serta sahabat handai turut terkejut dan simpati. Kami adik beradik sangat-sangat sedih kerana ayah sebelum ini seorang yang sangat titik berat kesihatan. Tiba2 tidak boleh berjalan. Allahu Akbar. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Kami sekeluarga di uji oleh Allah dan kami yakin ada hikmah di sebalik kejadian yang sungguh mengejutkan kami sekeluarga. Ada benda BESAR Allah nak bagi pada kami sekeluarga. In Shaa Allah. 

Bersabar lah wahai adik beradik dan kita berjanji akan menjaga dan memberi yang terbaik untuk ayah. Ayah seorang yang kuat dan tabah dan kami amat yakin ayah akan pulih seperti biasa. Ammin ya Rab.

Hospital Temerloh ke DMMC ke UIA ke HTAA ke Rumah.

Menginap di Darul Makmur Medical Centre (DMMC) Kuantan setelah di bawa keluar dari Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.


Menginap di UIA Hospital setelah di bawa keluar dari DMMC untuk mendapatkan rawatan terbaik.



First time beraya di Hospital ( UIA Hospital bersama Kakak. Momen yang kami simpan kemas2 di lubuk hati.









Ayah makan satay yg di beri oleh pihak hospital







Muka sedih ayah sebelum di potong rambutnya dan setelah di potong rambut nampak lebih 10 tahun lebih muda, Hurmmmm.

                                                                                                        AFTER

   Ayah dah boleh makan dan duduk di wheel chair setelah berbulan2 terlantar

Alhamdulillah, Sekarang ayah sudah berada di rumah dan menjalani rawatan di rumah serta di pantau oleh MA yg berdekatan. 
In Shaa Allah ada perubahan pada penyakitnya dan kami sentiasa berdoa semoga ayah cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. 
Bersabar lah wahai ayah dan kami adik beradik akan cuba yang terbaik dan termampu untuk memastikan ayah kembali seperti biasa. Aamin ya Rab.

Terima Kasih tidak terhingga kepada adik bongsu kerana menjaga rawatan ayah dengan baik di rumah memandang kami yang lain berkerja dan kami akan ambil alih pada sabtu ahad dan hari bercuti. Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 adik beradik semua. 

Allahu Akbar. Doakan kami adik beradik kuat dan tabah dan doakan ayah kami sembuh seperti biasa. Aamin ya Rab.