07 November 2017

Tragedy July ~ October 2017 ( Start 14.7.2017 )

Allahu Akbar.
Ayah sakit saraf, Kaki sebelah kiri tak boleh bergerak. Seluruh keluarga dan sedara mara serta sahabat handai turut terkejut dan simpati. Kami adik beradik sangat-sangat sedih kerana ayah sebelum ini seorang yang sangat titik berat kesihatan. Tiba2 tidak boleh berjalan. Allahu Akbar. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Kami sekeluarga di uji oleh Allah dan kami yakin ada hikmah di sebalik kejadian yang sungguh mengejutkan kami sekeluarga. Ada benda BESAR Allah nak bagi pada kami sekeluarga. In Shaa Allah. 

Bersabar lah wahai adik beradik dan kita berjanji akan menjaga dan memberi yang terbaik untuk ayah. Ayah seorang yang kuat dan tabah dan kami amat yakin ayah akan pulih seperti biasa. Ammin ya Rab.

Hospital Temerloh ke DMMC ke UIA ke HTAA ke Rumah.

Menginap di Darul Makmur Medical Centre (DMMC) Kuantan setelah di bawa keluar dari Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.


Menginap di UIA Hospital setelah di bawa keluar dari DMMC untuk mendapatkan rawatan terbaik.



First time beraya di Hospital ( UIA Hospital bersama Kakak. Momen yang kami simpan kemas2 di lubuk hati.









Ayah makan satay yg di beri oleh pihak hospital







Muka sedih ayah sebelum di potong rambutnya dan setelah di potong rambut nampak lebih 10 tahun lebih muda, Hurmmmm.

                                                                                                        AFTER

   Ayah dah boleh makan dan duduk di wheel chair setelah berbulan2 terlantar

Alhamdulillah, Sekarang ayah sudah berada di rumah dan menjalani rawatan di rumah serta di pantau oleh MA yg berdekatan. 
In Shaa Allah ada perubahan pada penyakitnya dan kami sentiasa berdoa semoga ayah cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. 
Bersabar lah wahai ayah dan kami adik beradik akan cuba yang terbaik dan termampu untuk memastikan ayah kembali seperti biasa. Aamin ya Rab.

Terima Kasih tidak terhingga kepada adik bongsu kerana menjaga rawatan ayah dengan baik di rumah memandang kami yang lain berkerja dan kami akan ambil alih pada sabtu ahad dan hari bercuti. Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 adik beradik semua. 

Allahu Akbar. Doakan kami adik beradik kuat dan tabah dan doakan ayah kami sembuh seperti biasa. Aamin ya Rab.






25 July 2017

Family Trip at Vietnam on 28~30 June 2017

 Alhamdulillah, Berpeluang kali ke 6 di Vietnam pada 28 hingga 30hb June 2017. Syukur dengan rahmat dan nikmat yang di kurniakan olehNya.

Suasana dari Apartment Icon 56


Saigon Square tempat ber shoppink berhawa dingin selain Benthanh Market




















Ni plak di Saigon Square. Smua tmpt shoppink je. 


Da nak balik da, Stay at Apartment Icon 56. Selesa tempatnya. Recommended.


Sayur-sayuran yg begitu begitu sarat di atas motor terjatuh d tengah2 bandar. Kesian. Jika di Malaysia kita tidak akan nampak muatan yg begitu banyak di letakkan di atas motor di mana sepatutnya di atas lori.





Sebahagian suasana kenderaan yg di monopoli oleh motosikal di waktu pagi 
di bandar Ho Chi Minh City, Vietnam.





Secangkir Senyuman. Di Dalam hati siapa lah yang tahu...

Rutin Tahunan Ramadhan 2017

Alhamdulillah kerana di beri rezeki untuk di kongsi dengan anak-anak syurga NADWAH PERMATA CAMAR ini.
Sesiapa yang ingin membantu mereka boleh la menghubungi saya di 011-11956991 atau terus kepada Ustaz Mohd Hadzmie Ramli di talian 013-6423775

 Bermacam2 gelagat anak-anak ini mencuit hati kepada sesiapa yang melihatnya.
Tetapi di dalam hati siapa lah yang tahu kan.?.

 Ustaz muda memberi arahan pada anak-anak syurga ini untuk TRY,ACU,CUBA,TEST.
Di kedai no. 2 pulak sbb habis size kedai di atas. Kepala kecik2 belako. hehe


Anak-anak ini kepenatan setelah berjam2 memilih kopiah untuk mereka. Lepak sekejap sementara menunuggu berbuka pose di Padang MPK kat sebelah masjid besar Kuantan 

16 June 2017

Chennai India, Berpeluang lagi merasai kehidupan di sini.






Alhamdulillah sekali lagi berpeluang menjejaki kaki di sini pada 9hb hingga 13hb April 2017 baru2 ini. Banyak pengalaman yg boleh di kutip dan simpan untuk di jadi kan pendoman di masa hadapan.


Kehidupan mereka disini amat susah dan penduduk terlalu ramai dan tempat kerja amat terhad. Operator kilang di sini kebanyakan ada DIPLOMA berbanding kita di Malaysia hanya SPM sahaja.

Sebab itu kehidupan mereka susah dan terlalu ramai penduduk di sini tiada rumah dan terpaksa tidur di bawah jambatan atau di kaki lima. Mandi dan membuang?. Faham2 je lah..

Semoga saya dapat belajar serta pengajaran semasa di sini dan boleh berkongsi dengan kawan2 disini bersyukur kerana telah terpilih menjadi menjadi rakyat Malaysia. Honestly, nikmatnya di Malaysia berbanding di sini. 
Last Dinner "restoren jepun" di Chennai India.


Public Toilet di sana, Haha..Ada yang tergamak tak nak ehem2 kat situ. Huhu 
Peliknya pipe saluran air ehem2 tu mengalir dalam tu juga. Tu yg x fhm. Tapi maybe Public toilet ni untuk orang lelaki je kot..Hehe


Begini lah keadaan budak sekolah di sini tanpa kasut sekolah. Kita?..hurmm at least 2 pasang kasut seorang.


Relex jer bertiga dan tak bertopi ...hehe


 Almost lorry ada "SOUND and HORN". Memang meriah dengan bunyian HORN di sini. Kalau perasan ada susuk tubuh baring atas batu bata tuh...


Mencari Rezeki demi sekeping roti 


Kedai runcit. Nampak je mcm ni tapi rokok bagai ada di jual di sini. Huhu


Makanan kegemaran orang di sini. Original from India.


 Permandangan biasa di sini, berebut2 dan meriah bunyi horn,

15 June 2017

Tawaran Perlantikan sebagai Panel Penceramah untuk Pihak MARAnt

Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk memberi khidmat bakti pada usahawan-usaahawan kita. Semoga apa yang di curahkan serta di kongsikan dapat memberi IMPAK MAKSIMA pada diri sendiri dan orang lain. In Shaa Allah.
Sebelum menceburi bidang Penceramah ini, Saya telah menceburi bidang bisnes sejak 2007 tetapi marketing semuanya di buat secara OFFLINE Marketing kerana tidak tahu mengunakan platform ONLIEN Marketing. 

Saya mengenali ONLINE Marketing ini setelah menghadiri kursus selama 3H2M di kuala lumpur pada 2013 dan selepas daripada itu saya terus mendalami ONLINE Marketing  dengan belajar secara face to face dengan pakar-pakar ONILNE dan juga melalui EBook serta explore sendiri. 

Apa yang PENTING adalah terus PRAKTIK dengan se MAKSIMA apa yg telah di ajar dan jangan putus asa. Hasil daripada ONLINE Marketing saya boleh meraih pendapatan RM 15,000 sebulan hanya dengan 2 jam ONLINE Marketing sahaja setiap hari.

Selepas kejayaan itu saya telah berkongsi RahsiaTZKP pada tahun 2015 dengan ratusan orang ramai secara PERCUMA dan melalui WhatsApp Group. Alhamdulillah ramai di antara mereka telah berjaya mendapat jualan yang amat mengalakkan TANPA MENGELUARKAN SESEN PUN KOS MARKETING.

Pada tahun 2015 saya di nasihat oleh bekas pelajar-pelajar saya untuk berkongsi ilmu RahsiaTZKP dengan pihak MARA kerana di MARA ramai usahawan-usahawan kita berdaftar di agensi itu. Alhamdulilah selepas saya memnuat pembentangan serta TESTIMONI-TESTIMONI yang hebat. Saya telah di tawarkan menjadi PENCERAMAH MARA dalam bidang PEMASARAN ONLINE bermula pada 2015 hingga 2016. Ramai usahawan MARA telah mengikuti program RahsiaTZKP ini dan ramai yang telah berjaya. Alhamdulillah, Syukur kepada ALLAH SWT kerana meminjam ilmu ini pada saya.

Alhamdulillah tawaran ini di sambung lagi untuk tahu 2017 hingga 2018

Sejarah menjadi penceramah dalam bidang Inovasi Pemasaran Internet/Online Marketing melalui RahsiaTZKP (Rahsia Teknik Zero Kos Pemasaran) di mana semua teknik ini zero kos marketing.

13 February 2017

Setiap Usahawan super mesti REWARD pada diri dan keluarga untuk mensyukuri nikmat dan rahmat yang di perolehi.

Berpeluang bercuti di Negeri Hang Tuah selama 4H3M untuk memberi ganjaran pada diri sendiri dan keluarga setelah banyak kejayaan terhasil. Jangan tunggu kejayaan yang besar sahaja untuk REWARD malah setiap kejayaan yang kecil mestilah di raikan untuk kesyukuran.


KEJAYAAN BESAR akan bermula dengan KEJAYAAN  KECIL, bermaksud. Kita kena belajar Mensyukuri sekecil2 RAHMAT dan NIKMAT dariNYA kerana dengan MENSYUKURI RAHMAT dan NIKMAT yg KECIL kita akan memperoleh RAHMAT dan NIKMAT yang lebih BESAR.



Gambar-gambar kenangan yang menjadi perangsang untuk terus
berbakti pada diri dan orang ramai. Semoga setiap yang di lakukan
dapat memberi manfaaf pada diri dan juga orang ramai. Aamiin.

07 February 2017

Jauh perjalanan, Luas pandangan, Luas Pengetahuan. Visit Chennai, INDIA

Alhamdulillah kerana di beri peluang untuk merasai kehidupan dan mejejak kaki di Chennai, INDIA selama 3 hari pada pada january 2017 baru baru ini.



Apa yang dapat saya dapat kongsi kan kehidupan di sana amat menyedihkan kerana terlalu ramai penduduk di sana miskin dan tiada tempat tinggal. Saya tidak tergamak untuk emngambil gambar IBU TUA tidur di tepi jalan. SEDIH dan terus teringat kan IBU di kampung. 
Pemuda di sana berjalan tanpa memakai kasut atau pun selipar.
 

 Syukur Alhamdulillah kerana kita di pilih dan di takdirkan untuk hidup di bumi bertuah iaitu MALAYSIA. Gambar di bawah bersama DS Sammy Vellu yang sama2 berada di INDIA dan satu flight hari tersebut tapi gambar kelabu..haha