1.Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)
2.Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
3.Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)
4.Baca beberapa surah atau juz’ Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
5.Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
6.Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)
7.Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra’ bila matahari naik.
8.Minum pagi / sarapan
9.Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)
10.Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)
Biar jadi amalan,jadi sebati dengan jiwa.Insha-allah,dipermudah segala urusan..